Azhar Sulaiman Buat Tawaran Nak Jual Nombor Plat MAF14, Harga Bidaan Bermula RM1.85 Juta

Pelakon Azhar Sulaiman membuat tawaran untuk menjual nombor plat kenderaan yang bermula dengan harga bidaan sebanyak RM1.85 juta.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, nombor plat kenderaan tersebut ialah MAF14 dan dipercayai hanya dimiliki olehnya sahaja.

“The one & only Mafia title for sale. Bidding starts at RM1.85 mil. If you’re the real Mafia, call 012-6669777.

“Are you the real Mafia in Malaysia? Call lah kalau berani,” tulisnya di kapsyen.

Meskipun ada yang mengatakan pemilik asal nombor plat ini milik kepada abang Perdana Menteri ke-10, Azhar menyangkal kenyataan tersebut.

“Silap. Tiada nama individu lain diatas geran ini,” jelasnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata tertarik dengan nombor plat berkenaan dan menyatakan hasrat untuk memilikinya.

“Berminat bang tapi duit belum ada.

“Peh nombor iluminati ada luck seh.

“Dulu masa hantar barang memang minat no plate ni,” komen netizen.

Maya Basir