“Kalau Betul Sayang Isteri Pertama, Tak Ada Maknanya Menduakan,” – Shila Amzah Luah Rasa Berang

Perkongsian terkini, penyanyi Shila Amzah yang mengulas soal video tular di media sosial berhubung Abang Tesla meminta kebenaran isteri pertama untuk berkahwin dua meraih perhatian.

Menerusi platform X yang dulu dikenali sebagai Twitter, Shila mengakui terkesan dan bengang apabila melihat video tersebut.

Menurutnya, sekiranya benar individu tersebut sayang kepada isteri pertama, Abang Tesla tidak akan berkahwin dua.

“Kalau betul sayang isteri pertama, tak ada maknanya nak kahwin isteri kedua.

“Walaupun dapat izin dari isteri pertama tu. Eh baran eh tengok TikTok hari ni.

“Fikir logik je la. Jangan nak buat appreciation post panjang berjela nak tunjuk how you appreciate your first wife when you have decided untuk menduakan dia,” tulisnya.

Menerusi ruangan balas, pelantun lagu popular Patah Seribu itu memberi respons komen pengikutnya yang bersetuju terhadap pendapatnya itu.

Tambah isteri kepada personaliti media sosial Ubaidillah Mz ini, perkara (kahwin dua) boleh difikir melalui pemikiran logik akal seorang manusia.

“Common sense kan? No matter how wealthy the man is, you can NEVER be fair to both wives.. jt was not just kebendaan, your feelings towards both of them. How can you be fair to them internally?,” luahnya.

Terbaru, difahamkan video tersebut bukan sekadar content semata kerana Abang Tesla telah selamat mendirikan rumah tangga kedua.

Menurut Abang Tesla atau nama lengkapnya Muhammad Khal Iltizam Yusry isteri pertamanya mengakui reda atas ketentuan Illahi.

Artikel Berkaitan: Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Aqilah Paharuzi