Categories: HiburanSelebriti

Al-Fatihah…Yazit Ahmad Meninggal Dunia

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 11.53 pagi tadi.

Berita sedih ini disampaikan menerusi Facebook rasmi Sang Gendang – Yazit Search.

Allahyarham meninggal dunia disisi keluarga dan sahabat handai di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati untuk disolat dan dikebumikan di Raudatul sakinah Taman Selasih.

Yazit sebelum ini dilaporkan kritikal di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan.

Allahyarham yang mengadu sesak nafas dikejarkan ke wad Urologi dan Nefrologi hospital berkenaan kira-kira jam 3 pagi Selasa lalu.

Doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan otak (brain damage) berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

Awal bulan September lalu dikejarkan ke HKL kerana mengadu sesak nafas.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Ramlah Ahmad, 59, serta tiga cahaya mata iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.

Sumber Gambar: Berita Harian Online

SGMS Faida

Recent Posts