Penyanyi Ella menjadi bualan warganet apabila videonya membuat persembahan bersama vokalis Radja, Ian Kasela dikecam di laman sosial TikTok.
Aksi terbabit dirakam ketika konsert Live In Concert: Radja & Special Appearance Ella (Jujur Takkan Melupakanmu) yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ratu rock negara itu membuat persembahan lagu Jujur dengan penuh penghayatan bersama Ian dan aksi mereka mengundang kecaman warganet.
Peminat menyuarakan pendapat aksi itu kurang sesuai kerana pelantun lagu Kesal itu berhijab dan sudah berumah tangga.
Meskipun teruk dikritik pengguna TikTok, peminat Ella bagaimanapun tampil memohon netizen untuk mendoakan agar dia kembali berubah dan tidak mengulangi kesilapannya itu kelak.
Apapun keputusannya... Semoga yang baik-baik buat TokTi kesayangan ramai❤️❤️❤️
relax je Alif jawab
Benda jadi di luar batas kemampuan. Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita selagi mampu okay!💪
Semoga cepat sembuh daripada trauma