Alami Kejang Perut & Sukar Bernafas, Syafie Naswip Selamat Jalani Pembedahan

Pelakon berbakat Syafie Naswip akhirnya selamat menjalani pembedahan apendiks di sebuah hospital swasta baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini dia mengalami kekejangan perut selama dua hari sehingga menyebabkannya sukar untuk bernafas.

“Satu kenangan yang menakutkan untuk diingati. Cramps perut selama 2 hari, Sakit hanya Tuhan yang tahu.

“Setiap malam setiap saat beralih ke sana kesini sebab sakit, sampai effect nafas. Tough Journey #appendicitissurgery,” katanya.

Perkara itu dikongsi Syafie, 31, menerusi hantaran di Instagram miliknya yang menunjukkan momen sebelum dan selepas dia menjalani pembedahan.

Ketagih makan makanan pedas sejak kecil

Dalam pada itu, pelakon filem Mukhsin ini mengakui, sakit yang dialami adalah berpunca dari dirinya sendiri yang terlalu gemar makan masakan pedas sejak dari kecil.

“It was my fault sebab ketagih makan masakan pedas sejak kecil.

“Tapi aku belajar banyak benda baru selama 4 hari kuarantin di hospital,” jelasnya.

Menerusi hantaran berkenaan juga,  Syafie sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatannya.

“Terima kasih semua yang datang jenguk,doa,wish di whatsapp atau DM. Minta maaf tidak sempat nak reply satu satu.

“Sebab masa yang ada banyak untuk berehat. Akan diusahakan reply one by one. Tq so much! You know who you are,” ujarnya.

 

Salma Syahbuddin