“Itu Sudah Cukup” – Shila Amzah Mahu 3 Anak, Akui Fizikal, Mental & Kewangan Perlu Stabil

Penyanyi popular Shila Amzah memaklumkan dia tidak meletakkan sasaran dan bilangan zuriat yang bakal dimiliki kelak.

Perkara itu dikongsi Shila selepas ada peminatnya bertanya soalan menerusi pautan Ask Me Question  di Instagramnya baru-baru ini.

Menurut pemilik nama Nurshahila Amir Amzah, 33, dia dan suaminya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, secara jujurnya tidak meletakkan target untuk memiliki berapa ramai anak, namun bilangan maximumnya adalah tiga orang sahaja.

“Secara jujurnya, we don’t actually ada a specific target. Tapi kamilebih prefer maximum tiga orang,” katanya.

Belajar dari pengalaman

Selain itu, Shila juga mengakui membesarkan anak bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan perhatian penuh terhadap keperluan mereka.

Justeru, dia menganggap kuantiti bukanlah keutamaan melainkan persediaan dari segi mental dan fizikal termasuklah dari segi kewangan.

“For what i have experienced, adalah penting perancangan dari segi fizikal, mental dan kewangan yang stabil.

“Sebab, anak-anak perlukan perhatian khusus. Jadi, kuantiti bukanlah keutamaan buat saya,” jelasnya.

Sekadar info, Shila dan Ubai selamat diijabkabulkan pada 5 Ogos lalu dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantian perempuan yang juga penyanyi, Datuk ND Lala.

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Salma Syahbuddin