Categories: HiburanTrending

Alami Kemalangan, Min Yasmin Reda Ujian Allah – “Syukur Saya Tak Cedera”

Penyanyi Min Yasmin mengalami kemalangan kemalangan ketika mahu membeli sarapan untuk suami, komposer Julfekar dan bapanya pada Rabu.

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Rabu, pelantun lagu Belum Lelah Setia itu gagal mengawal kenderaannya hingga tidak sengaja terlanggar kereta lain yang sedang keluar dari parkir di bandar Kota Kinabalu, Sabah.

“Masa tu saya baru pulang dari gim dan mahu singgah membelikan roti canai untuk suami dan bapa yang baru sahaja tiba di Kota Kinabalu. Saya tak pernah kemalangan semasa memandu, tiba-tiba insiden itu terjadi.

“Saya terlanggar kereta orang lain. Ketika itu, saya sedang tunggu dalam kereta, ada kereta lain yang nak keluar dari tapak parking, jadi saya gerakkan kereta.

“Sebenarnya saya nak tekan brek, kaki saya terperosok ke dalam ruang antara pedal break dan minyak. Masa tu kaki saya tersangkut! Nak cuba tarik kaki, saya tertekan minyak lagi.

“Alhamdulillah, tiada apa yang serius, Allah lindungi saya. Saya anggap ini ujian dan saya reda dengan apa yang terjadi,” kata penyanyi yang melakar nama di Filipina dan Sabah ini.

Dalam insiden terbabit, kedua-dua buah kereta jenis MyVi dan Exora remuk kesan daripada insiden berkenaan.

“Hanya kereta remuk, Alhamdulillah saya tak alami sebarang kecederaan. Kereta sudah dihantar ke bengkel dan akan dibaiki dalam tempoh lebih kurang seminggu.

“Ketika balik rumah selepas insiden itu berlaku, saya hanya menceritakan semula apa yang telah terjadi kepada keluarga. Sejujurnya, malang tidak berbau. Saya anggap ini sebagai salah satu ujian dan saya akan berhati-hati di masa akan datang,” katanya lagi.

Padin