Alami Komplikasi Paru-Paru, Doakan A.Rahman Hassan

Pelakon dan pengarah, Khir Rahman memohon orang ramai memanjatkan doa buat ayahnya, penyanyi Dato A Rahman Hassan yang kini ditempatkan di wad ICU, Hospital Ampang.

“Saya Khir Rahman ingin memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk memanjatkan doa buat ayahanda saya, Dato A Rahman Hassan yang kini berada di ICU, Hospital Ampang.

“Semalam, 10 Jun, sekitar jam 10 malam, beliau telah pitam di stesen minyak Petron Ampang sebelum diselamatkan oleh pihak ambulan.

“Beliau kini direhatkan (sedation) untuk rawatan dan pantauan lanjut pihak hospital,” katanya.

Khir berkata pada masa ini pihak keluarga dimaklumkan bahawa ada komplikasi paru-paru (berair) dan degupan jantung yang tidak konsisten (lemah).

Pada 1 Jun lalu, beliau sudah pun dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.30 pagi susulan beberapa masalah kesihatan namun dibenarkan keluar beberapa hari kemudian.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida