Categories: HiburanSelebriti

Alami Masalah Peti Suara Gara-Gara 5 Kali Jangkitan Covid-19, Siti Nordiana Dalam Fasa Pemulihan

Penyanyi Siti Nordiana memaklumkan dirinya sedang mengalami masalah pada bahagian peti suara gara-gara kesan sampingan jangkitan Covid-19 sebanyak lima kali.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia kini dalam proses pemulihan selepas melakukan pemeriksaan dan nasihat doktor.

“Saya ada masalah sikit pada bahagian peti suara sebab terkena jangkitan Covid-19 sebanyak lima kali. Saya rasa saya paling banyak kena Covid.

“Selepas menyedari masalah itu, saya terus dapatkan nasihat doktor dan kini dalam fasa pemulihan. Sekarang saya makan ubat untuk pulihkan suara sejak Jun lalu,” katanya.

Sebelum ini, nyanyian Nana sering menerima kritikan hebat dari segelintir pihak kerana tidak dapat membuat persembahan yang berkualiti.

Namun, Nana tetap menerima segala kritikan dengan terbuka dan memperbaiki segala kelemahan dalam teknik nyanyiannya agar dapat kembali menyanyi dengan baik.

Untuk perkembangan lain, Nana bakal bersaing bersama Ayai Ilusi, Azharina, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Hardy Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor dalam program All Star Gegar Vaganza bermula 24 September ini.

Manakala, lima lagi peserta ‘hot seat’ akan dipilih oleh peminat menerusi undian bermula semalam.

Fatin Nurain