Emma Maembong ‘Ready’ Hamil Anak Ketiga – “Saya Tak Kisah Beranak Tiap Tahun”

Pelakon jelita Emma Maembong sedia untuk hamil kali ketiga dalam waktu terdekat memandangkan dia suka dengan suasana rumah yang meriah.

Menurutnya, dia sudah terbiasa mempunyai adik-beradik yang ramai dan itu menyebabkan aktres ini tidak kisah untuk melahirkan anak setiap tahun.

“Kalau ikutkan saya mahu beranak setiap tahun. Cuma belum ada rezeki kerana jarak kelahiran anak saya adalah dua tahun.

“Masa mula-mula kahwin, masa tu hari raya saya sunyi dan saya menangis. 

“Jadi, saya nak anak ramai kerana saya juga datang dari keluarga yang besar dengan 11 adik-beradik,” katanya.

Suami & anak-anak sumber semangat

Dalam pada itu, Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail, 31, berkongsi bahawa dia tidak boleh berjauhan dalam tempoh yang lama dengan suami dan anak-anaknya.

Dan, disebabkan perkara itu menganggu emosinya maka pelakon drama bersiri Remang ini sanggup membawa anak-anak, suami serta pembantu ke set penggambaran.

“Saya akan bawa suami, anak-anak  dan pembantu ke set penggambaran kerana itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja jika mereka ada bersama saya.

“Saya memang tak boleh berjauhan dengan anak-anak.Walaupun sibuk mana saya tetap mahu mereka ada dengan saya,” jelasnya.

Terdahulu, Emma pernah dikritik akibat tidak menjaga proses berpantang sehingga perutnya kelihatan buncit.

Namun, pelakon ini  tidak berkecil hati dengan kritikan yang diterima malah menganggap komen netizen itu sebagai mengambil berat tentang dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dikritik Tak Jaga Pantang, Emma Maembong Terpaksa Tahan Lapar & Bersenam Untuk Kurangkan Berat Badan -“Memang Tak Sentuh Nasi Sampai Saya Jadi Cranky!”

ARTIKEL BERKAITAN:Dikutuk Gara-Gara Perut Buncit, Ini Respons Padu Emma Maembong

ARTIKEL BERKAITAN:Comelnya! Netizen Teruja Emma Maembong Tayang Wajah Anak Kedua, Kulit Putih Gebu & Mata Sepet Persis Oppa Korea

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin