Alami Muntah-Muntah & Badan Lemah Hingga Hilang 2 Kilogram, Fasha Sandha Tetap Masuk Set Penggambaran

Pelakon Aidil Aziz memaklumkan isterinya yang juga aktres Fasha Sandha mengalami badan lemah serta muntah-muntah selama beberapa hari.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aidil memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan keadaan isterinya itu yang sedang mendapatkan rawatan.

“Dua, tiga hari ni ibu selalu muntah-muntah. Anak-anak rasa sedih.

“Badan lemah, berat dah hilang 2 kilogram. Jadi kena masuk air & ubat tahan muntah.

“Recovery sebelum nak pergi shooting,” kongsi.

Namun, Aidil juga turut memaklumkan keadaan Fasha kini semakin baik biarpun tetap mahu meneruskan penggambaran di set.

“Alhamdulillah, Fasha beransur pulih. Terima kasih semua,

“Sakit macam mana pun tetap fikir fasal makan suami, anak dan staff.

“Tatap fikir tak nak tangguh dan hutang babak, tetap fikir fasal kerja. Penolong pengarah suruh balik semalam tapi stay juga sebab nak sambung shooting.

“Komitmen seorang Fasha Sandha. Semoga sayang cepat sembuh,” tulisnya ringkas.

Khairil Khusyairi