‘Alhamdulillah…Hampir Dua Tahun Menanti…’ – Nora Gembira Dapat Menantu

“ Mama doa Iman dan Sofea berbahagia hingga ke Jannah. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Welcome to our family my dear Sofea,” demikian tulis penyanyi Nora yang menerima menantu pertama, hari ini.

Isteri kepada Allahyarham Johan Nawawi itu bersyukur urusan pernikahan anaknya, Mohd Syakir Iman berjalan dengan lancar.

Menerusi laman Instagram, Nora turut memuatnaik gambar bersama anak dan menantunya, Eilya Sofea Azman.

“ Alhamdulillah…syukur pada Allah. Hampir dua tahun menanti. Hari ini saya dan arwah Johan dah dapat menantu,” katanya.

Pasangan ini bernikah di Masjid Putra,Putrajaya, pagi ini. Tahniah Kak Nora, buat Iman dan Sofea, semoga bahagia terus memeluk kalian. Insha Allah…

SGMS Faida