Kontroversi Ratu Cantik Dari Seluruh Dunia, Jom Semak Siapa Mereka!

Susulan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Haneesya Hanee ditarik baru-baru ini, netizen menggunakan nama akaun @izham0108 membuat perkongsian beberapa nama ratu cantik yang berdepan situasi sama.

Seramai 12 ratu cantik di seluruh dunia ini terpaksa memulangkan mahkota dan gelaran ditarik balik. Ini kerana mereka dilaporkan terlibat dengan kontroversi jenayah, dadah, filem lucah dan lain-lain.

Atas beberapa alasan kukuh seperti di atas, akhirnya gelaran yang disandang terpaksa dipulangkan semula. Mungkin ini juga pengajaran bagi anda yang berminat untuk menyertai pertandingan sebegini, hati-hati dengan setiap tindakan setiap hari. Takut makan diri di kemudian hari. 

SGMS Faida