“Memang Dia Hebat” – Datuk Mokhzani Ismail Puji & Bangga Dengan Ernie Zakri

Maestro muzik tersohor, Datuk Mokhzani Ismail menyifatkan penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri, adalah seorang penyanyi yang hebat.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Mokhzani membuat coretan dengan mengimbas kembali detik permulaan karier Ernie ketika menjuarai sebuah program pertandingan nyanyian.

Ujar Mokhzani, dia selaku ketua juri bagi program tersebut ketika itu menyifatkan pemilihan Ernie untuk dinobatkan sebagai juara adalah pilihan yang tepat.

“RTM sangat berbangga telah melahirkan artis ternama dan berbakat tinggi. Saya menjadi ketua juri Bintang RTM 2009 dan juri sepakat menobatkan Ernie Zakri sebagai juara.

“Pilihan yang sangat tepat dan saya menyaksikan perjalanan seninya dari dulu dan hari ini beliau menjadi artis ternama negara.

“Walau sudah mencipta nama dan artis pilihan ramai beliau masih meluangkan jadual untuk turut serta dalam program yang bakal menemui rakyat Malaysia di kaca TV.

“Selepas menang Bintang RTM, Ernie melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muzik di UiTM. Masa saya merakamkan suara dia semalam saya tak perlu jaga vokal dia, dia jaga sendiri.. itu lah Ernie Zakri…#memangdiahebat,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Mokhzani turut memuat naik sebuah klip yang memaparkan lontaran vokal Ernie menyanyikan lagu Cry Me A River di studio rakaman.

ARTIKEL BERKAITAN:  Lagu Masing Masing Mendunia Di Indonesia, Ernie Zakri Terima Pengiktirafan Daripada RIM – “Terima Kasih Untuk Penghormatan Yang Luar Biasa Ini” 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Puji Kemampuan Vokal Ernie Zakri, Doakan Bersinar Dalam Industri Muzik Tempatan & Antarabangsa – “Saya Sangat Kagum…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Kenang Saat Jatuh Bangun, Rasa Tak Diterima & Mahu Berhenti Menyanyi – “Saya Rasa Diri Tak Bagus” 

Khairil Khusyairi