Categories: Trending

Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson Selamba Kongsi Foto Ci*m Mulut

Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson tampil berkongsi gambar mesra mereka bersama anak sulungnya, Isaac Raees ketika berada di Australia.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aiman telah memuat naik foto mereka ketika berada di sebuah ladang buah pisang kaki atau ‘prisommon’

Difahamkan perkongsian yang dimuat naik oleh aktor itu merupakan memori terakhir mereka bertiga sebelum Zahirah melahirkan anak kedua.

“Last moment as 3 (three) together,” tulisnya.

Lebih mencuri perhatian, Aiman turut memuat naik gambarnya bersama Zahirah bercium mulut sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa pasangan itu tidak perlu berlebih-lebihan dan sepatutnya lebih sensitif sekiranya ingin mempamerkan kebahagiaan kepada umum.

Namun, ada juga sesetengah pengikutnya yang memuji dan suka melihat pasangan itu berkongsi foto sedemikian.

Sebelum ini, Aiman dan Zahirah mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata, perempuan tidak lama lagi.

Sekadar info, Aiman dan Zahirah telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees.

Fatin Nurain