Categories: FeaturedTrending

“Sedih Lihat Keadaan Dia” – Faisal Halim Kritikal, Disahkan Alami Melecur Tahap 4

Umum mengetahui mengenai insiden yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim apabila disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali pada Ahad.

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Disimbah Asid, Alami Melecur Tahap 2 Pada Badan

Artikel Berkaitan: Sasar Muka Faisal Halim Namun Sempat Dielak, Dua Individu Ucap ‘Good Luck’ Sebelum Simbah Asid

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, Faisal kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan membimbangkan selepas menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada Isnin.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar berkongsi bahawa keadaan Faisal semakin merisaukan ekoran mengalami kelecuran tahap empat.

Tambahnya, tangan kiri Faisal turut sukar untuk digerakkan.

“Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.

“Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua.

“Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat.

“Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan,” katanya kepada Arena Metro.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari