“Alhamdulillah, Terima Kasih DM Saya…” – Syamsul Yusof Didakwa Sudah Bertunang, Puteri Sarah Liyana Mohon Jangan Lupa Tanggungjawab

Kemelut rumah tangga yang berlaku antara pengarah terkenal Syamsul Yusof dan Isterinya, Puteri Sarah Liyana dilihat semakin meruncing.

Malah, ia seperti tidak berkesudahan apabila hanya pihak Puteri Sarah dan Ira Kaza sahaja yang dilihat ‘berbunyi’ mengenai isu terbabit.

Terbaharu, Puteri Sarah ada berkongsi tangkap layar pesanan langsung di InstaStory miliknya kononnya Syamsul dan Ira Kaza telahpun bertunang.

Bagaimanapun, Puteri Sarah hanya memaklumkan, sekiranya benar apa yang diberitahu itu maka, beliau berharap agar Syamsul tidak sesekali melupakan tanggungjawabnya terhadap anak-anak.

“Terima Kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah.

“Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” tulisnya.

Sebelum ini, desas desus mengenai kemelut yang melanda rumahtangga kedua-dua pasangan selebriti ini seolah-olah tidak menemui jalan penyelesaian.

Bahkan, Syamsul sendiri mengakui mahu menyelesaikan perkara ini secara privasi sebelum menguar-uarkan kepada pihak media.

“Kita manusia biasa ada melakukan kesilapan. Saya tahu semua orang cari saya nak tahu pasal rumah tangga saya, Ira Kaza, filem saya..

“Tapi biarlah saya sendiri yang selesaikan sampai masa nanti saya akan berkongsi,” katanya dalam sesi temu bual bersama wartawan mStar pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kau Ni Terdesak Sangat, Sebab Tu Cari Laki Orang Je… Senang Sikit!” – Puteri Sarah Liyana Kongsi Pendedahan ‘Berani Mati’ Rakan Ira Kaza

ARTIKEL BERKAITAN: “See You In Court Ira Kaza… Memang Tak Ada Maruah Ke Hadap Suami Orang?” – Puteri Sarah Dedah Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Diganggu Sejak 2019

ARTIKEL BERKAITAN:“Kau Ni Terdesak Sangat, Sebab Tu Cari Laki Orang Je… Senang Sikit!” – Puteri Sarah Liyana Kongsi Pendedahan ‘Berani Mati’ Rakan Ira Kaza

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Pakai 2 Lawyer Lah… Ke Pakai 10 Lawyer Macam Siti Bainun?” – Puteri Sarah Upah Peguam ‘Settle’ Kes Wanita Kaki Sondol

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Didakwa Jadi Orang Ketiga Perkahwinan Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Ini Respons Kazar Saisi

Salma Syahbuddin