Alif Muhaimin Sah Bergelar Suami Kepada Fatin Alissa, Mas Kahwin Sebanyak RM15,000

Pelakon Alif Muhaimin selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Fatin Alissa Azam, tepat jam 11:59 pagi ini.

Dengan sekali lafaz pasangan ini selamat bergelar suami dan isteri selepas dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Azam Abdullah dalam sebuah majlis yang cukup indah.

Mengenakan busana rona biru lembut, Alissa menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 dan sebentuk cincin serta menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Majlis tersebut belangsung dengan lancar apabila dihadiri oleh keluarga dan sahabat yang rata-ratanya mengenakan busana serba putih.

Pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 29 Oktober 2022.

Khairil Khusyairi