Kejutan Dayang Nurfaizah, Anak Gadis Menangis, Dewan Black Out 5 Kali… Ini Corat Coret Menarik Majlis Nikah Shuib & Watie

Majlis pernikahan pasangan Shuib dan Watie Hanifiah berlangsung dengan meriah di Putra Glass House, Shah Alam sebentar tadi.

Dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 39, selamat bergelar suami kepada Watie atau nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35.

Berikut perkara menarik majlis perkahwinan gilang gemilang ini yang sempat XTRA coretkan:

1. Watie dan Shuib kelihatan bergaya dengan persalinan putih rekaan pereka fesyen tersohor, Fizi Woo.

2. Majlis pernikahan mereka diacarakan oleh kawan baik Shuib, Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah.

3. Sewaktu akad nikah, mikrofon Shuib tidak berfungsi lalu Nabil datang menyelamatkan keadaan dengan memberikan mikrofon lain. Power Nabil!

4. Watie mengalirkan air mata tatkala Shuib sah bergelar suaminya. Sebak!

5. Sedih… Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra turut sebak dan menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.

6. Sepanjang majlis berlangsung, bekalan elektrik dewan mengalami sedikit masalah teknikal dan ‘black out’ sebanyak lima kali. Biasalah, masalah sebegini tak dapat dijangka… Namun, Nabil dan Shiera selaku hos bijak mengawal keadaan. Mujur semua kekal cool!

7. Tetamu hadir menggayakan busana rona dusty pink mengikut tema.

8. Penyanyi terkenal, Anuar Zain dan Lah Ahmad hadir menghiburkan tetamu.

9. Ketika Anuar menyampaikan lagu, Shuib dan Watie berarak ke atas ruangan pelamin bersama anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Nikahi Watie, Shuib Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

10. Dayang Nurfaizah tampil sebagai kejutan istimewa untuk pasangan pengantin. Siti Jewels menghadiahkan persembahan Dayang sebagai ‘surprise’ untuk mempelai.

11. Majlis turut diserikan dengan persembahan bunga api. Meriah betul!

12. Rakan selebriti seperti Nora Danish, Marsha Milan, MK K-Clique, Zara Zya, Wan Sharmila, Ajak Shiro, Fad Bocey, Fasha Sandha, Zulin Aziz dan ramai lagi turut hadir memeriahkan acara.

Padin