Categories: Hiburan

Aliff Syukri Kongsi Tips Elak Suami Curang, Tapi Lain Pula Yang Netizen Perasan – “Ketat Sangat Seluar Tu”

Ekoran kes poligami menjadi kontroversi hangat, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi tips supaya suami tidak berlaku curang.

Perkara itu didedahkan di laman Instagram miliknya.

Pertama sekali, isteri perlu simpan kata kunci bagi semua laman media sosial suami seperti Instagram, TikTok dan Facebook.

Berang dengan sikap penyondol yang suka mengikis kekayaan suami orang, Aliff melarang suami memegang gaji mereka sepenuhnya.

Menurut pengasas D’ Herbs ini, suami berhak memegang sedikit sahaja duit gaji manakala selebihnya perlu diberikan kepada isteri untuk membeli barang keperluan harian.

“Kalau duit gaji dia RM 5,000 kau bagi kat tangan dia RM 500 sahaja. Yang lain kau simpan untuk anak-anak, makan minum dan beli pakaian.

“Kalau perempuan lain tengok lelaki kaya, dia akan menggeletis sebab nak cari lelaki bujang yang kaya sangatlah susah. Sebab itu, dia rembat suami kau yang banyak duit tu,” jelasnya.

Malah, risau ditinggalkan sehelai sepinggang, Aliff menyarankan agar kaum isteri menjadikan aset penting seperti rumah dan kereta atas nama mereka.

Baginya, jika semua aset adalah hak milik isteri, si suami tidak akan semudah-mudahnya membina masjid lain sebaliknya berfikir berkali-kali.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, selain netizen bersetuju dengan pendapatnya, terdapat ‘benda’ lain yang mencuri pandangan netizen.

Warganet meninggalkan banyak komen nakal dan sibuk berbual gara-gara Aliff yang memakai seluar yang ketat.

Syamir Shafie