Aliff Syukri Kongsi Tips Malam Pertama Di Instagram, Netizen Tegur Minta Jaga Aurat

Usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri seringkali tampil dengan pelbagai idea kreatif demi mempromosikan produknya sehingga ada antara idea yang dilakukannya itu mengundang kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Terbaharu, Aliff Syukri dilihat mempromosikan produk terbaharunya sambil berkongsi tips malam pertama untuk pasangan yang baru berkahwin menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Tips malam pertama utk pasangan baru berkahwin, tag pasangan anda… Siapa setuju sila komen di bawah,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu ternyata mengundang rasa kurang senang segelintir warganet yang menyifatkan promosi ini seakan-akan tidak berfaedah dan menggelikan.

Malah, ada juga yang turut menegur tindakan Aliff Syukri yang tidak berbaju dan hanya mengenakan tuala dalam video berkenaan.

Namun ada juga yang menyifatkan perkongsian Aliff Syukri ini sebagai satu informasi berguna buat mereka yang telah dan baru berkahwin.

Salma Syahbuddin