Minta Doa & Restu Adik Beradik, Tindakan Uwais Anak Sulung Shuib & Sarah Undang Sebak

Peribahasa ‘bapa borek, anak rintik’ sesuai untuk menggambarkan sukan golf yang menjadi kegemaran dua beranak iaitu pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dan anak sulungnya, Uwais Alqarni.

Malah, sebelum ini, Uwais banyak terlibat dengan kejohanan golf semenjak keberadaan arwah ibunya lagi, penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin.

Sering kali kita dapat melihat Sarah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada Uwais yang mempunyai wajah mirip seperti ibunya.

Baru-baru ini, tindakan Uwais meminta restu dan doa daripada adik beradiknya, Dzahira Talita yang dipanggil ‘anak itik’ oleh abangnya dan Ariq Matin pula dipanggil ‘anak ayam’ mengundang sebak netizen sehingga ada yang berderai air mata.

@lovetabysitisarah

Hebat didikan daddy @shuibsepahtu & arwah ibu ❤️ Abang uwais mohon doa dari daddy, matin & talita utk abang menang bertanding ❤️ Doakan kemenangan ya

♬ original sound – Loveta bySitiSarah – Loveta bySitiSarah

Video yang berdurasi selama satu minit itu mendapat perhatian orang ramai dek kerana terharu melihat gelagat Uwais yang sangat lembut dalam berbicara.

“Doakan abang menang anak ayam (Matin).

“Anak itik (Talita), doakan saya menang,” ujar Uwais dalam video yang dimuat naik dalam akaun TikTok milik Loveta by Siti Sarah itu.

Menerjah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang turut berkongsi perasaan sedih serta mendoakan kejayaan Uwais dalam kejohanan sukan Golf tersebut.

Alahai, sweet sungguh si abang ni ya. Hebat didikan Shuib dan arwah dalam membesarkan anak-anak menjadi seorang yang sopan.

Aqilah Paharuzi