Aliff Syukri, Shahida Timang Anak Perempuan?

Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida telah selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada 19 Disember, jam 5.30 petang di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.  

Berita gembira itu dikongsikan oleh Aliff menerusi akaun Instagram miliknya @aliffsyukriterlajaklaris.

“Terima kasih Datin Dr @suesalleh1970..Dr yang bantu rawat dan bantu isteri saya sepanjang proses mengandung dan juga bersalin tadi…

“Alhamdulillah semua selamat bersalin petang tadi…

“Isteri saya paling suka Dr @suesalleh1970 ni…ajak bersalin dekat-dekat kawasan rumah tak nak dia sebab nak juga dengan Dr ni,” tulis Aliff.

Tambah Aliff, Dr tersebut juga merupakan Dr yang menyambut anak keempatnya Yusof Al-Qardawi dan dia mendoakan semoga Dr tersebut sentiasa sihat. 

Bukan kaleng-kaleng, doktor ini juga merupakan doktor pilihan selebriti-selebriti seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Azrinaz Mazhar Hakim dan Hanis Zalikha untuk menyambut kelahiran bayi mereka. 

 

Walau bagaimanapun, buat masa ini Aliff mahupun Shahida belum lagi berkongsi jantina bayi mereka secara rasmi walaupun wajahnya sudah dikongsi sebagai gambar profil di akaun instagram yang menggunakan nama @anakbongsuterlajaklaris yang kini hampir mencecah 16,000 pengikut!

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mengatakan Aliff dan Shahida menimang cahaya mata perempuan…betul ke? 

Nampaknya kenalah tunggu pengumuman rasmi dari Aliff mahupun Shahida. 

Aliff dan Shahida mendirikan rumahtangga pada Ogos 2007 ketika Aliff berumur 20 tahun dan Shahida, 22 tahun. 

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al-Qardawi serta seorang anak angkat, Ameena. 

Kredit Foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Del14