“Allah Tahu Apa Awak Buat…” – Reen Rahim Mohon Maaf, Individu Dengki Dengan Kejayaan & Kebahagiaan Dimilikinya?

Pelakon Reen Rahim memohon maaf kepada sesiapa yang tidak suka atau sakit hati dengan kejayaan dan kebahagian yang dimilikinya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dipercayai ada yang tidak berpuas hati dan dengki kepadanya.

Menurutnya, segala usahanya selama ini dilakukan demi keluarga namun dia redha dengan ujian tersebut.

“First, Reen minta maaf sekiranya kehidupan, kejayaan dan kebahagiaan Reen menyakitkan hati sesiapa.

“Sesungguhnya apa je Reen buat untuk Umi dan Abah Reen ikhlas kerana Allah.

“Semuanya dengan izin Allah. Kalau orang dengki macam mana pun, kalau Dia yang izinkan, sebenarnya Dia nak buat Reen dekat dengan Dia,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut memaafkan tindakan dengki individu berkenaan dan mendoakan yang baik-baik buatnya.

“It’s okay. Allah tahu sebab apa awak buat mungkin takdir awak.

“Di hari Jumaat ini, Reen minta maaf sangat-sangat dan Reen maafkan semuanya. Semoga jadi insan yang terbaik,” katanya.

Selain itu, pelakon filem Daddyku Gangster ini berkongsi mesej suaminya, Nur Hazim Zainal Abidin yang turut memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Maya Basir