Alahan Teruk Semasa Mengandung, Tom Syukur Seminggu Tak Merokok – “Tak Boleh Bau Asap, Harap Kekal Selamanya…”

Penyanyi, Tom meluahkan rasa syukur apabila dapat mengurangkan tabiat merokoknya semenjak berbadan dua.

Isteri kepada penyanyi Fuad Rahman itu berkongsi perkara berikut menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Jelasnya, sebagai seorang perokok tegar dari remaja berumur 16 tahun, Tom berkata sejak hamil dia sudah seminggu tidak merokok.

“Walaupun alahai kali ini sangat-sangat teruk. Tapi Tom happy, dengan alahan ni Tom dapat berhenti rokok.

“Tom isap rokok dari umur 16 tahun.. Finally dah seminggu dah Tom tak sentuh rokok langsung sebab tak boleh bau asap rokok.

“Lepas ni Insya-Allah tak nak sentuh rokok lagi, kalau boleh untuk selamanya,” tulisnya.

Berkongi mengenai keadaan terkininya, Tom berkata dia mengalami alahan ibu mengandung yang teruk.

“Keadaan saya masih lagi melepet terbaring macam dah tak ada rupa orang. Memang azab gila nak bangun pun tak larat.. Hanya mampu bangun untuk mandi je.

“Kalau boleh masa makan pun nak baring je tapi saya tak boleh duduk je muntah. Saya harap habis cepatlah alahan ni, tak pernah alami alahan seteruk ini,” katanya.

Sekadar info, Tom dan Fuad berkahwin pada 26 Februari lalu.

Aqilah Paharuzi