Almari Baju Bilal Curi Perhatian Ramai, Netizen Puji Neelofa – “Memang Another Level, Well-Organized”

Perkongsian terbaru pengacara dan usahawan, Noor Neelofa mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video di Instagram miliknya.

Video tersebut memaparkan Neelofa berada di bilik sedang menunjukkan kebaikan dan perbezaan menggunakan botol susu dan ‘sippy cup’ untuk bayi mencecah usia enam bulan ke atas.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata netizen tertarik kepada almari baju puteranya, Muhammad Bilal yang amat tersusun rapi mengikut warna dan kepanjangan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang memuji Neelofa seorang ibu yang prihatin terutamanya dalam menjaga persekitaran bilik agar sentiasa kemas.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut mendakwa Neelofa sedang hamil anak kedua, namun sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihaknya.

Sebelum ini, nama Neelofa hangat menjadi perbualan selepas pendapatnya berhubung isu bercuti semata-mata untuk tatapan media sosial disalah erti oleh segelintir pihak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Bercuti Luar Negara Untuk Likes & Views? Neelofa Tampil Perjelas Maksud Sebenar – “Tiada Niat Tujukan Pada Sesiapa…”

Aqilah Paharuzi