[VIDEO] Selepas ‘Menunggu’, Meerqeen Rakam Lagu Baru?

Pelakon Meerqeen mencuri perhatian selepas sebuah video memaparkan dia berada dalam studio rakaman mencetuskan pelbagai persoalan.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi akaun Instagram rasmi TV3.

Dalam video tersebut, Meerqeen sedang menyanyi lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian asal Joe Flizzow dan Sona One.

Sebelum ini, aktor drama popular Melur Untuk Firdaus ini pernah mengeluarkan kenyataan berhubung lagu pertamanya berjudul ‘Menunggu’ dikritik segelintir netizen.

Begitupun, anak saudara kepada penyanyi Safura Yaacob berkata semangatnya sehingga kini masih tidak luntur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata Meerqeen seorang selebriti yang sangat berkebolehan dari segi nyanyian, berlakon dan menjadi model.

Aqilah Paharuzi