Ambil Pelakon Veteran Jadi Watak Utama, Ramai Tertunggu Drama Ayahanda

Sebuah drama yang diadaptasi daripada novel DBP yang merupakan karya ternama penulis sastera terulung iaitu Allahyarham Azizi Haji Abdullah mencuri perhatian penonton di sosial media.

Drama Ayahanda mengisahkan konflik yang dihadapi oleh seorang ayah yang memegang jawatan sebagai tok imam di kampung yang terpaksa berhadapan dengan konflik di antara anak-anak beliau setelah kematian isterinya.

Dibarisi oleh pelakon pelakon hebat seperti  Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah dan ramai lagi pastinya membuatkan penonton tertunggu tunggu.

Walaupun bakal ditayangkan secara rasminya pada hari esok, namun para penonton yang mengikuti karya asal novel ini sudah tidak sabar lagi untuk melihat adaptasi drama arahan Dato Ahmad Tarmimi Siregar.

 

Menerusi Twitter, rata-rata penonton beranggapan bahawa drama ini bakal membuatkan ramai yang beremosi,  setanding dengan karya asalnya.

Malah,bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik juga turut  dilihat tertunggu tunggu akan tayangan drama bersiri ini.

Apa yang lebih menarik, lagu OST drama Ayahanda turut dinyanyikan oleh penyanyi bintang lagenda rock terkenal, Awie.

Jangan lupa saksikan Drama bersiri 13 episod ini yang bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”