Bekas Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Bekas anggota kumpulan Nasyid  Rabbani iaitu Azizan Khalid dilaporkan telah meninggal dumia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kelmarin.

Difahamkan, Allahyarham mengalami sesak nafas selepas mengambil sarapan sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 10 pagi.

“Pada awalnya, keluarga meminta supaya jenazah dibenarkan dikebumikan di kampungnya di Behrang, Perak. Namun, pihak KKM tidak memberi keizinan memandangkan arwah disahkan positif.

“Allah permudahkan urusan jenazah dan pihak keluarga berlembut hati mempercepatkan proses pengebumian di Pantai Dalam, tak jauh dari kediamannya,” katanya kepada Harian Metro.

Rekod kesihatan arwah melaporkan beliau tidak pernah mengalami sakit kronik sejak 30 tahun yang lalu.

Allahyarham pernah menjadi ahli kumpulan Rabbani pada tahun 1997 sebelum membuat keputusan untuk terus mengundur daripada kumpulan tersebut.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Azizan Khalid.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”