Selangor Dijangka Masuk Fasa 2 PPN September Ini

Kerajaan Selangor menjangkakan negeri berkenaan akan memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada September ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di beberapa daerah di Selangor adalah inisiatif bagi mengurangkan jumlah jangkitan COVID-19.

“Bagi mencapai Fasa Dua PPN, kita perlu meningkatkan jumlah vaksinasi harian penduduk dan kita menjangkakan menjelang minggu depan sebanyak 10 peratus golongan dewasa sudah menerima vaksin,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke kawasan PKPD di Taman Murni di sini, hari ini.

Beliau berkata PKPD bertujuan menyelamatkan kesihatan rakyat dan keberkesanannya tidak boleh diukur dalam masa sesingkat tiga atau empat hari.

Katanya, berdasarkan pengalaman, kadar penurunan kes di Selangor berlaku selepas tiga minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan 2.0.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”