Categories: Trending

“Sihat Dan Sakit Ni Allah Yang Tentukan…” Hafiz Suip Jawab Teka Teki Berkenaan Masalah Kesihatan

Mungkin ada segelintir peminat yang sudah lama tidak mendengar berita penyanyi bersuara lunak yang popular menerusi lagu Awan Nano, Hafiz Suip bukan?

Malah, mungkin juga ada yang berteka teki mengenai tahap kesihatan beliau apabila gambar terkininya menunjukkan penyanyi itu kelihatan lebih kurus dan semakin susut.

Lantas, tidak mahu membiarkan persoalan itu mengganggu peminat, Hafiz Suip  atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Suip, 31, menjelaskan bahawa beliau kini berada dalam keadaan baik dan telahpun menjalani pemeriksaan kesihatan.

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Hafiz menerusi muat naik dilaman instagramnya.

Menurut Hafiz, soal kesihatan dan sakit ini adalah ketentuan Allah SWT, dan sebagai manusia kita hanya mampu berikhtiar sahaja iaitu dengan berjumpa doktor.

“Sihat dan sakit kita ni Allah SWT yang tentukan bukan siapa-siapa yang tentukan walaupun diri kita. Tapi sebagai asbab untuk kita tahu, itu yang kita jumpa doktor”

” So far Alhamdulillah ok gaisss, dah jangan fikir banya,kita teruskan usaha kita”

Disamping itu, Hafiz juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan followers beliau yang tidak putus-putus mendoakan  dan sentiasa prihatin dengan kesihatan dan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi.

” Saya doakan segala urusan anda dipermudahkan. Terima kasih di atas keprihatinan anda…”

“Terima kasih, saya sayang anda semua…”

Terdahulu, Hafiz mencuri perhatian peminatnya apabila memuat naik status dengan memohon maaf di atas segala kesilapan beliau. Bagaimanapun, beliau berbuat demikian kerana takutkan azab Allah SWT.

 

Salma Syahbuddin