Amelia Henderson Sedia Jadi Wakil Malaysia Bertanding Di Miss Universe -“Mungkin Sebelum Ni Saya Belum Cukup Matang, Tapi…”

Beauty with brain.

Demikian jolokan yang sering diberikan untuk pelakon dan pengacara, Amelia Henderson, 27, setiap kali namanya meniti di bibir peminat.

Malah, dengan kelebihan dan bakat yang ada, tidak mustahil sekiranya dia sudah bersedia untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik, Miss Universe pada tahun ini.

Memetik laporan Gempak, Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson mengaku dengan pengalaman sebagai anak seni, dia mampu untuk mengawal tekanan dalam pertandingan selain mahu mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Bukan sekadar menunjukkan wajah yang cantik, tapi dengan kelebihan dan bakat yang ada, saya mampu untuk menolong golongan wanita di luar sana sekaligus mengharumkan nama negara.

“Mungkin sebelum ini saya belum cukup matang, tapi saya sudah bersedia untuk kawal tekanan dan secara rasionalnya, saya cukup yakin dan rasa cukup layak untuk sertai Miss Universe,” katanya.

Sebelum ini, Amelia menerusi ciapan di Twitter pernah berseloroh apabila menyatakan hasrat mahu menyertai pertandingan tersebut dan dia sendiri terkejut apabila perkara itu masih tular sehingga kini di platform berkenaan.

“Memang itu adalah impian saya keika masih kecil iaitu untuk menyertai Miss Universe. Tapi bila dah besar ditambah dengan pengalaman yang ada saya rasa tidak yakin dan tak mahu teruskan impian tu.

“Memang terkejut dan tidak sangka tweet berkenaan viral dan masih diulang kicau sehingga ke hari ini, tapi itu hanayalah sekadar tweet dan ia hanya spontan,” jelasnya.

Namun, dia tetap bersyukur dengan sokongan peminat apabila masih ramai yang mendoakan agar impiannya itu dapat diteruskan.

Sekadar info, Amelia pernah mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik, Miss Asia Pasific pada tahun 2013 dan berjaya menduduki tempat kedua.

Sumber: Gempak,

Salma Syahbuddin