“Kita Insan Terpilih, Mak Sedia Ya” – Bakal Lancar Lagu Raya Lagi! Isteri & Ibu Reda Dengan Perangai Aliff Syukri

Baru-baru ini, ibu kepada usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim memuat naik sebuah video yang memaparkan menantunya, Datin Seri Nur Shahida mengadu bahawa suaminya sering buat hal ketika menjelang raya.

Kata Shahida, Aliff bakal melancarkan sebuah lagu raya lagi dan meminta kepada ibu mentuanya itu untuk bersedia menerima tempias.

“Mak bersedia ya dengan kecaman netizen. Saya dah reda… lagu raya bakal dilancarkan. Lagu cak apatah lagu dia. Saya tak ikut tapi saya tahulah mak setiap kali buat lagu raya ada isu. Kita reda ja lah ye, kita insan terpilih” isteri

Kongsinya lagi, Shahida sempat berseloroh menyatakan bahawa dia hanya mengendahkan keinginan suaminya itu kerana sedang hamil dan risau meroyan.

“Saya akan tutup Instagram saya. Jangan tengok selama tiga minggu. Takut dalam pantang meroyan,” gurau Shahida.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aduan Shahida dan menyatakan bahawa warganet juga insan terpilih untuk reda dengan perangai Aliff Syukri.

Tidak kurang juga yang memuji hubungan baik menantu dan mentua tersebut.

Tahun lalu, Aliff Syukri menghasilkan sebuah lagu raya berjudul ‘Kelepok Raya’, namun menerima pelbagai kecaman dan kritikan apabila muzik video lagu tersebut didakwa mempunyai unsur LGBT.

Artikel Berkaitan: Dikecam Teruk Kerana Lagu Raya… Aliff Syukri Mohon Maaf, Minta Netizen Jangan Salahkan Isteri & Ibunya

Artikel Berkaitan: “Sejujurnya Saya Agak Trauma.. Akan Cuba Perbaiki Diri..” – ‘Kelepok Raya’ Beri Kesan Mendalam Pada Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: “Lagu Raya Paling…” – Muzik Video ‘Kelepok Raya’ Aliff Syukri Undang Cemuhan Netizen!

Atiqah Johari