Amyra Rosli Dilarang Berlakon?

Aktres cantik Amyra Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati binti Rosli dikatakan telah dilarang untuk menerima sebarang tawaran lakonan lagi. Betul ke?

Rupa-rupanya, selepas lakonan Amyra melalui drama Cemburu Seorang Perempuan, suami kepada aktres ini iaitu Amar Baharin menginginkan Amyra untuk berehat selepas membawakan watak yang agak berat dalam drama tersebut. 

 

Sumber: Instagram Amar Baharin

Jelas Amar, Amyra hanya akan berehat daripada berlakon drama namun masih akan menjalankan aktiviti endorsement lain seperti biasa. 

Ini adalah masa yang terbaik untuk dirinya berehat. Saya tidak tahu sampai bila Amyra akan berehat. Mungkin selepas habis berpantang, tak pun kita  tunggu dan lihat macam mana anak kedua ni.” jelas Amar Baharin.

 

Tambah Amar, sehingga kini dia memilih untuk tidak mengumumkan jantina anak kedua mereka.
Kami rancang untuk mengadakan baby shower pada hujung bulan Disember memandangkan Amyra dijangka bersalin pada Februari tahun depan. Pada masa itu, kami akan umumkan jantina baby,” katanya lagi.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Aqeef Anaqi.
Syafiqa Irdina