Edisi Terhad! Oreo Keluarkan Biskuit Sandwich Flavor Red Velvet Pula

Haa, korang antara peminat tegar Oreo dan kek Red Velvet?  Xtra ada berita baik untuk korang sebab biskut sandwich Oreo kegemaran ramai yang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa ini, akhirnya tampil dengan perisa baru !

Jikalau sebelum ini Oreo sering mengeluarkan biskut sandwich perisa Vanilla dan Coklat sahaja, kali ini ada sedikit kelainan sebab Oreo perisa Red Velvet kini sudah tiba di Malaysia! Amacam, dengar pon dah teruja kan? 

 

Sumber: Facebook 7-Eleven Malaysia

Bagi korang yang gemarkan kek perisa red velvet, korang WAJIB cuba Oreo terbaharu ini okay! Sebab  Oreo perisa Red Velvet ini  adalah terhad! Confirm, korang pasti akan jatuh cinta dengan biskut Oreo ni punya lah!
Kombinasi rasa lemak manis antara keju dan red velvet dalam biskut tersebut memang cukup menarik dan sedap. Xtra bagi lima bintang!
Lebih sedap jika dicicah bersama susu kerana rasa akan lagi kick lah!
Keluaran edisi terhad Oreo ini dijual dengan harga RM 3.60, dan korang boleh dapatkan snack ringan Oreo ini di mana-mana cawangan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia kecuali di Langkawi.
Jangan lupa! Grab awal-awal sebab hanya boleh didapati dalam masa yang terhad tau!
Syafiqa Irdina