Kendall Jenner Dan Boyfriend Rancang Ambil Anak Angkat?

Siapa yang tidak kenal dengan keluarga Hollywood terkenal The Kardashians, baru-baru ini salah seorang Kardashian-Jenner iaitu Kendall Jenner dikatakan ingin mengambil anak angkat!

Al-maklumlah, Kendall Jenner merupakan satu-satunya ahli Kardashian-Jenner yang masih belum memiliki cahaya mata. Malah, Kendall juga terkenal dengan sikapnya yang tidak suka berkongsi kisah peribadinya dengan adik beradik yang lain di laman Instagram.

Dalam salah satu foto terbaru yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya baru-baru ini, Kendall dan so-called BF, Fai Khadra bergambar bersama beberapa kanak-kanak. Kendall menerusi ruangan caption telah bertanya kepada netizen berapa ramai agaknya yang bersetuju jika beliau dan Fai mengambil anak angkat.

 

Kim Kardashian, Kylie Jenner, Gigi Hadid dan Hailey Bieber antara keluarga dan rakan terdekat yang memberi respon  “I” dan “ME” sebagai tanda bersetuju dengan idea Kendall itu.

Dalam salah satu episod terbaru Keeping Up With The Kardashians, Kendall ada mengatakan yang dia tidak sabar mahu memiliki anak. Tetapi bukan dalam masa terdekat.

 “Saya memang tidak sabar untuk ada anak. Saya akan menjadikan dia orang paling bermakna dalam hidup saya” jelas Kendall. 

Kendall yang digelar Auntie Kenny oleh anak-anak buahnya kini memiliki 10 orang anak buah dan sememangnya begitu rapat dengan kesemuanya. 

Tidak pasti adakah plan Kendall dan Fai untuk mengambil anak angkat itu betul atau sekadar mengusik peminat. Tunggu jelah okay!

Syafiqa Irdina