Selepas Setahun, Exo Bakal Muncul Dalam “Knowing Bros”

Kumpulan K-pop Korea Selatan, EXO akan membuat kemunculan semula dalam rancangan realiti hiburan Korea Selatan iaitu JTBC ‘Knowing Bros’ selepas setahun yang lalu!

Menurut laporan Donga, EXO akan menjalankan sesi rakaman di studio ‘Knowing Bros’ pada 28 November ini! 

JTBC  ‘Knowing Bros’ merupakan rancangan realiti televisyen Korea Selatan. Memaparkan tentang artis undangan  mereka yang perlu menggayakan watak pelajar sekolah yang baru berpindah,  dan perlu bersemuka dengan pelajar-pelajar sekolah sedia-ada. Program ini juga akan dihos kan oleh Kang Ho Dong, Kim Hee Chul, Lee Sang Min dan Kim Young Chul.

 

Exo dalam rancangan JTBC Knowing Bros tahun lalu

Sumber: www.kpopping.com.my

Episod yang bakal menampilkan 6 orang anggota EXO iaitu Kai, Sehun, Baekhyun, Chen, Chanyeol dan Suho ini akan disiarkan pada 7 Disember 2019.

Tiga orang anggota EXO yang tidak dapat menyertai sesi rakaman Knowing Bros ialah Lay, Xiumin dan D.O  kerana sedang menjalani latihan khidmat tentera manakala, Lay pula sibuk memfokuskan aktiviti solonya di China.

Dalam perkembangan lain, keenam-enam ahli ini juga akan membuat persembahan di MBC Radio Star esok dan akan menggegarkan Malaysia melalui jelajah konsert mereka pada 14 Disember ini! 

So, stay tuned EXO-L!

 

Syafiqa Irdina