Pelakon Indonesia Cut Tari Bakal Menamatkan Zaman Janda Disember Ini

Pelakon, model dan pengacara terkenal Indonesia, Cut Tari bakal menamatkan zaman jandanya Disember ini apabila dikatakan akan menikahi model dan aktor, Richard Kevin. 

Perkara ini disahkan oleh ketua Kantor Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, TB. Zamroni pada Selasa 26 November 2019. 

Menurut Zamroni, pendaftaran penikahan telah dilakukan oleh pihak keluarga Cut Tari sendiri, namun dia enggan memberitahu siapa ahli keluarga yang dimaksudkan.

“Utusan keluarga. Saya tidak tahu representasi (keluarga) siapa yang mendaftar, tetapi yang penting keluarganya yang daftar,” ujar Zamroni.

Zamroni kemudian mengesahkan bahawa calon suami Cut Tari adalah seorang model dan pelakon bernama Richard Kevin berusia 38 tahun dan mereka bakal menikah pada 12 Disember akan datang berlokasi di Pasar Minggu. 

Gosip cinta antara Cut Tari dan Richard Kevin berterbangan sejak kebelakangan ini tetapi kedua-duanya memang jarang bergambar mesra berdua di media sosial.

Ini bakal menjadi perkahwinan kedua buat pelakon jelita ini. 

Terdahulu dia pernah berkahwin dengan Yohannes Yusuf Brata pada 2004 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Sidney Azkassyah Yusuf. Namun perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan mereka kemudiannya bercerai pada Mac 2014. 

 

Richard Kevin juga merupakan seorang duda apabila dia juga menyertakan surat perceraiannya yang terdahulu. 

“Status kedua-duanya pernah berkahwin dan sudah bercerai,” ujar Zamroni lagi. 

Cut Tari dan Richard dikatakan sudah lama berpacaran tetapi kedua-duanyan tidak pernah mengiyakan mahupun menafikan berita itu. 

Kredit Foto: Instagram @cuttari111

Richard Kevin sendiri merupakan model dan aktor. Ia keponakan Ari Wibowo dan Ira Wibowo.

 

 

Del14