5 Fakta Menarik Kenapa Korang Patut Join Misi Ejen Ali Rush!

Misi Ejen Ali kembali lagi!

Bagi menghangatkan lagi filem Ejen Ali The Movie yang akan ditayangkan diseluruh pawagam tanah air pada 28 November ini, Ejen Ali – Misi Ejen Rush akan diadakan di The West , IOI City Mall , Putrajaya pada 1 Disember ini!

Jadi nak tahu apa agaknya yang menarik sepanjang  Ejen Ali – Misi Ejen Rush ini, let’s check this out!

  1. Acara Fun Run & Obstacle Challenge yang pertama diadakan
  • Acara ini diadakan untuk memberi kehangatan kepada semua peminat dan followers siri animasi ini sebelum tayangan filem Ejen Ali The Movie menemui korang dipawagam berhampiran pada 28 November ini. cara larian ini akan diadakan pada jam 6 pagi hingga 11.30 tengahari. So, you guys kena warm up dulu ya!

     2. 3000 peserta akan menyertai Ejen Ali – Misi Ejen Rush ini!

  • Ye! Seramai 3000 orang peserta dijangkan akan mengikuti misi Ejen Rush kali ini. Termasuklah selebriti tempatan, influencer dan semestinya die hard fan Ejen Ali!

     3. Ismail Izzani pun ada!

  • Selain banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk disertai, korang juga berpeluang untuk menang hadiah percuma dan ikuti sesi cabutan bertuah sambil dimeriahkan dengan persembahan Ismail Izzani.

     4. Ejen akan berdepan dengan cabaran?

  • Ini mungkin berita baik, semua ejen dikehendaki melakukan empat cabaran iaitu, Ejen Ali M.A.T.A Kombat, Tekno, Inviso dan Neuro

     5. Peserta akan mendapat kit percuma untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi

  • Peserta akan menerima kit perlumbaan, t-shirt, beg drawstring, bib, sijil dan pingat. Wow!

Ejen Ali – Misi Ejen ini dibawakan secara eksklusif oleh Primeworks Studio dan WAU Animion serta dikuasakan oleh Pediasure bersama Bananana

So, ejen! Bertindak segera!

Salma Syahbuddin