Fab Foodies! By: Syafiqa Irdina November 27, 2019 @ 5:46pm

Edisi Terhad! Oreo Keluarkan Biskuit Sandwich Flavor Red Velvet Pula

Haa, korang antara peminat tegar Oreo dan kek Red Velvet?  Xtra ada berita baik untuk korang sebab biskut sandwich Oreo kegemaran ramai yang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa ini, akhirnya tampil dengan perisa baru !

Jikalau sebelum ini Oreo sering mengeluarkan biskut sandwich perisa Vanilla dan Coklat sahaja, kali ini ada sedikit kelainan sebab Oreo perisa Red Velvet kini sudah tiba di Malaysia! Amacam, dengar pon dah teruja kan? 

 

Sumber: Facebook 7-Eleven Malaysia

Bagi korang yang gemarkan kek perisa red velvet, korang WAJIB cuba Oreo terbaharu ini okay! Sebab  Oreo perisa Red Velvet ini  adalah terhad! Confirm, korang pasti akan jatuh cinta dengan biskut Oreo ni punya lah!
 
Kombinasi rasa lemak manis antara keju dan red velvet dalam biskut tersebut memang cukup menarik dan sedap. Xtra bagi lima bintang! 
 
Lebih sedap jika dicicah bersama susu kerana rasa akan lagi kick lah!
 
 
 
Keluaran edisi terhad Oreo ini dijual dengan harga RM 3.60, dan korang boleh dapatkan snack ringan Oreo ini di mana-mana cawangan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia kecuali di Langkawi.
 
Jangan lupa! Grab awal-awal sebab hanya boleh didapati dalam masa yang terhad tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Sep 2022
LIFESTYLE Fri, 20 Apr 2018

Kenapa Ramai Wanita Bertarung Kanser Di Usia Muda?

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah!

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Siti Nurhaliza Yakin Kemampuan Hael, Anta Permana Boleh Didengar Bermula Esok!

Tambah Siti, Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa maksud ‘tidak terkira’ atau infiniti. Kami dah tak sabar nak dengar, mesti best kan!

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Linda Rafar Punya Alasan Kukuh Kenapa Tak Nak Tunjuk Suami

Jadi kepada netizen diluar sana, kita doa yang baik-baik sahaja okay

Featured Sat, 11 Nov 2023

“Tak Sanggup Tengok Isteri Saya, Ada Pembantu Pun Tak Cukup” – Jamal Abdillah Tak Rancang Tambah Zuriat Lagi

Betul juga tu kita yang tengok ni pun susah ek nak jaga anak yang masih kecik-kecil..

Selebriti Thu, 16 Apr 2020