Anak Azhar Sulaiman Jalin Hubungan Dengan Suami Orang? Kasih Iris Leona Dedah Tuduhan Kebas RM3,000 Sebulan & Digelar ‘Scammer’

Baru-baru ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila mendedahkan dia telah dituduh menjalinkan hubungan dengan seorang individu berstatus suami orang.

Perkara itu dikongsikan Leona menerusi ciapannya di Twitter apabila memuat naik tangkap layar berupa komen dari individu yang dikenali sebagai Nor Azira Othman yang ditinggalkan di ruangan komen akaun Instagram bapanya.

Menerusi komen tersebut, individu terbabit mendakwa Leona pernah bercuti bersama suaminya ketika dia sedang menjaga anak-anaknya di rumah.

Malah, beliau turut meminta agar anak kepada selebriti itu memulangkan semula duit yang telah digunakan sepanjang bersama dengan suaminya termasuklah, bil hotel, bil makanan, tiket penerbangan dan juga duit berjumlah RM3,000 yang didakwa digunakan oleh Leona setiap bulan.

 

Bahkan, individu tersebut juga melabel Leona sebagai seorang ‘scammer’ dalam rumah tangganya sejak 2014 lagi.

Namun, perkara tersebut seperti tidak logik kerana pada ketika itu Leona masih berusia 12 tahun.

Enggan nama baik anaknya terus tercemar, Azhar Sulaiman menghantar kiriman WhatsApp kepada individu terbabit untuk tampil mengemukakan bukti terhadap dakwaan yang dilemparkan ke atas anaknya.

 

 

Salma Syahbuddin