“Berisi Nampaknya Semenjak…” – Netizen Dakwa Fieya Julia Sudah Berkahwin?

Penyanyi Fieya Julia tampil bersuara selepas timbul dakwaan yang mengatakan dia sudah berkahwin.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Fieya memuat naik gambar tangkap layar komen seorang netizen yang dikenali sebagai Ramlee yang mendakwa tubuh badan Fieya Julia semakin berisi semenjak berkahwin.

“Mula-mula tak perasan yang ni FJ (Fieya Julia) sebab dah berisi nampaknya sia semenjak kahwin,” tulis netizen.

Kemudian, Fieya menyangkal dakwaan tersebut di kapsyen dengan mengatakan dia belum pernah mendirikan rumah tangga.

“Bila masa pulak saya kahwin sedih lah macam ni,” kata Fieya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan-rakan artis mengusik Fieya dengan komen sedih kerana tidak dijemput ke majlis perkahwinannya.

“Sampai hati tak jemput,” komen Radin Era.

“Sampai hati kahwin diam-diam,” komen Farisha Iris.

Kredit foto: Murai.my

Maya Basir