Categories: Trending

Duet Spontan Aishah Bersama M.Nasir Buat Ramai Meremang

Vokal penyanyi Datuk Aishah Ariffin memang tak dapat disangkal lagi. Terbaharu, Aishah dilihat sedang menyanyi di sebuah majlis perkahwinan. Apa yang menarik perhatian ialah Aishah dijemput menyanyi bersama Datuk M.Nasir.

Dalam video yang dimuat naik di laman Instagram, Aishah dengan bersahaja mendendangkan lagu Dua Insan nyanyian asal oleh M.Nasir. Kehebatan vokal kedua penyanyi ini ternyata memukau apabila mendapat sorakan tetamu yang hadir.

“Alamak, kalau ke majlis perkahwinan memang selalulah ada permintaan untuk kita menyumbangkan lagu.”

“Wah dengan sifu.”

Biarpun duet itu secara spontan, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan teruja dengan kehebatan dua penyanyi lagenda itu. Malah ada juga yang berharap kedua-dua penyanyi ini dapat keluarkan lagu duet bersama.

Sehinga artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telah mendapat 61,000 tontonan dan 200 komen oleh wargamaya.

Sumber: aishahjmm

Khairil Khusyairi