“Anak Beranak Satu Kepala” – Gelagat Amy Search & Nabila Huda Menari Raih Perhatian

Pelakon dan pengacara Nabila Huda tampil berkongsi momen manis bersama bapanya, Datuk Amy Search ketika bertemu sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila telah memuat naik videonya bersama bapanya, Amy sedang menari sambil diiringi lagu Me Too nyanyian asal Meghan Trainor.

“Jangan main-main eh..Papa kite a good dancer tau!haha. Ni both of us kena paksa dengan mummy! Dia memang suka paksa kami. Paksa minum air sayur la, itu la ini lah..Rasanya ni masa MCO ni.. Rindu laaa,” tulisnya

Melihat kemesraan itu, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap keakraban mereka dua beranak menerusi ruangan komen.

Malah, ada yang menganggap mereka seperti adik-beradik kerana penampilan penyanyi rock itu yang masih kelihatan muda.

 

Fatin Nurain