Anak Dapat Anugerah Pengetua Dengan Pointer Tinggi, Rita Rudaini Anggap Sebagai Hadiah ‘Birthday’

Pelakon Rita Rudaini berkongsi momen di mana anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14 mendapat keputusan terbaik di sekolah berasrama penuh.

Kata Rita, kejayaan anaknya itu sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya semalam.

“Tahun lepas birthday mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM.

“Tahun ini Ryan bagi hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi… syukur alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, Rita meminta anaknya untuk membuktikan pada diri sendiri bahawa boleh berjaya dan hiraukan segala kejian dan cemuhan manusia.

“Mommy tak mintak lebih Cuma mommy nak anak-anak mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya.

“Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain,” ujar Rita.

Oleh itu, Rita turut bersyukur kerana menghadiahkannya anak-anak yang baik dan ia sudah memadai.

“Terima kasih Allah kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untukku, sudah memadai… rezeki Ramadan,” luahnya.

Untuk rekod, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 namun bercerai pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, Rita dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12.

Artikel Berkaitan: “Liku-Liku, Duri Kami Yang Rasa” – Throwback Foto Bersama Anak, Rita Rudaini Akui Tak Mudah Jadi Ibu Tunggal

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Hantar Anak Ke Asrama, Netizen Persoal Perasaan Bapa Kandung… Rita Rudaini Dedah Kena ‘Block’

Atiqah Johari