“Sedarkah Dosa Kamu Yang Telah Menghancurkan Masjid & Buat…” – Luahan Patimah Ismail Curi Perhatian

Isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail memuat naik hantaran menyentuh hati.

Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, ibu kepada pengarah dan pelakon sensasi Syamsul Yusof ini mempersoalkan tindakan menantu keduanya, Ira Kazar yang didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga Syamsul bersama Puteri Sarah.

“Sedarkah dosa kamu yang telah menghancurkan masjid dan membuat air mata seorang ibu mengalir tanpa henti,” tulisnya berlatarbelakangkan lagu sayu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.

Sebelum ini, suami tercintanya, Yusof Haslam berkata beliau reda dengan perpisahan antara Syamsul dan Puteri Sarah dan akan menjaga hubungan bersama besan tersayangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Tetap Menantu Kesayangan Kami” – Sedih Rumah Tangga Anak Temui Noktah, Yusof Haslam Harap Silaturahim Terjaga

Sebelum ini, Syamsul dan Puteri Sarah mencapai kata sepakat untuk berpisah yang dijadualkan oleh mahkamah pada 18 April depan bagi sebutan lafaz cerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Berkat Doa Dari Insan Tersayang, Ibu Bapa..” – Syamsul Yusof Reda Melepaskan Puteri Sarah, Fokus Masa Depan Anak-Anak

Aqilah Paharuzi