[VIDEO] Cubaan Menjadi Lemah Lembut, Ain Edruce Mengusik Suami- “Amirul Lagi Ayu…”

Tular sebuah video perkongsian pelakon dan pengacara terkenal, Ain Edruce yang seakan mengusik suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.

Menerusi video tersebut, Amirul kelihatan reda dengan gelagat Ain yang menari dan melibaskan kain selendang ke arah mukanya.

“Cubaan aku menjadi lebih lembut. Rasa-rasa Mirul lagi jatuh hati ke tak? Tapi muka pun macam boleh tahu dah lagi rimas. Takpe daddy. It’s okay,” tulis Ain di ruangan kapsyen video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat aksi pasangan tersebut serta mengatakan bahawa yang lebih ayu dan lemah lembut adalah Amirul sendiri dan bukannya Ain.

“Kenapa Amirul yang lagi ayu?

“Confuse siapa yang ayu. Mirul ke Ain?

“Siapa-siapa pergilah tolong Amirul. Duk kelip-kelip banyak kali dah tu,” tulis netizen.

Video yang berdurasi selama 36 saat itu telah mendapat sebanyak hampir 3,000,000 tontonan di TikTok milik Ain sendiri

Izzi Farhana