Categories: HiburanTrending

Wah… Hadiahkan Sempena Hari Jadi, Parents Ini Belikan Anak Umur 5 Tahun Mercedes G Wagon Sebab Liat Pergi Sekolah!

Sebagai ibu bapa, apa sahaja kemahuan anak pasti akan cuba ditunaikan mengikut kemampuan.

Namun, hadiah hari jadi diberikan oleh seorang ibu bernama Farhana Zahra dan suaminya kepada anak mereka, baru-baru ini mendapat perhatian wargamaya.

Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, Farhana telah menghadiahkan anaknya sebuah kereta Mercedes G Wagon kerana anaknya itu liat untuk ke sekolah.

Bukan itu sahaja, anak kepada pasangan suami isteri tersebut sering memberi alasan tidak cukup umur dan pernah berpura-pura tidak sihat untuk tidak bersekolah.

“Tak sabar Cikna nak hantar Fatima pergi sekolah sebab bulan satu haritu dah hantar tapi hari-hari dia berlakon sakit, lepastu dia cakap dia belum cukup 5 tahun lagi sebab belum birthday dia.

“Kali ni dia cakap dapat hadiah G Wagon, dia nak pergi sekolah, panjang betul akal dia,” tulis Farhana di kapsyen video.

@farhanazahra91Happy birthday Nur Fatima Az zahra yang ke 5 ❤️❤️❤️ happy dia dapat G Wagon yang dia nak, sampai dia asyik mintak nak pegang kunci je hahaha♬ original sound – Farhana Zahra

Klip tersebut mendapat pelbagai respons warganet di ruangan komen dan rata-rata mengatakan kanak-kanak berkenaan sangat bertuah.

Ada juga seglintir yang merasakan kejutan terbabit sudah dirancang terlebih dahulu.

“Benda dah rancang, budak tu tak beria. Budak tu cakap macam ikut skrip je.

“Untung jadi anak orang kaya kan, kita dulu hanya mampu berangan je. Tahniah dik happy birthday.

“Ya Allah, untungnya Fatimah. Semoga Fatimah menjadi anak solehah untuk kedua ibu dan bapanya. Semoga berjaya dunia akhirat,” ujar netizen.

Nurul Hana