Belum Memiliki Lesen Memandu, Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun!

Pelakon cantik, Anna Jobling berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli kereta pada usianya 23 tahun.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam itu merupakan kereta pertamanya.

“Alhamdulillah, feeling blessed,” katanya.

Namun, pelakon Melur Untuk Firdaus ini mendedahkan dirinya masih belum memiliki lesen memandu.

Menurutnya, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan lesen tersebut.

“Okay now I need to get my drivers license,” ujarnya.

Maya Basir