Anak Kata Nak Jadi Pelakon, Gelagat Sharifah Sakinah Sakat Anais Undang Tawa – “Maknya Kuat Mengusik!”

Pelakon Sharifah Sakinah tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya menyakat anaknya, Anais Adha.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Sakinah menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Sakinah telah meminta anaknya, Anais untuk senyum apabila berdepan dengan kamera gara-gara teringin menjadi seorang pelakon.

Lebih mencuit hati, Anais terus menangis dek kerana tidak tahan dengan usikan ibunya yang hanya memintanya untuk terus senyum.

“She kata nak be aktör star, director suruh 49 kali smile dah she’s complaining. How?,” tulisnya.

Terhibur melihat gelagat pelakon itu mengusik anaknya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminat di ruangan komen.

Fatin Nurain